China, ASEAN Buah Hasil Dalam Kerjasama Basmi Kemiskinan

2021-06-24 14:18:14  CRI
Share with:

China, ASEAN Buah Hasil Dalam Kerjasama Basmi Kemiskinan_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_4284a059-e9c2-47aa-b1a6-851c5059e0fd

China dan negara-negara ASEAN menjalankan kerjasama praktikal dalam usaha membasmi kemiskinan.

Pengarah Jabatan Pentadbiran Kebangsaan Penggiatan Semula Luar Bandar China (National Administration of Rural Revitalization), Wang Zhengpu berkata demikian pada Forum Pembangunan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan China-ASEAN ke-15 yang diadakan di Beijing kelmarin.

China, ASEAN Buah Hasil Dalam Kerjasama Basmi Kemiskinan_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_937324f3-3e06-450e-8161-98692d321a31

Menurut Wang,  projek contoh kerjasama pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di enam buah kampung miskin di Kemboja, Laos dan Myanmar dengan bantuan teknologi China bukan sahaja menyaksikan pembaikpulihan infrastruktur yang melibatkan jalan, bekalan air minum dan pengeluaran, tetapi juga berperanan menggalakkan penduduk kampung mengembangkan industri penanaman yang bercirikan tempatan bagi menjana pendapatan mereka. Kerjasama tersebut terbukti kondusif bagi memperkenalkan pengalaman China dalam usaha membasmi kemiskinan kepada negara lain dan meningkatkan persahabatan muhibah antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara ASEAN.

Setiausaha Agung ASEAN Lim Jock Hoi dalam ucapannya menerusi pautan video menyifatkan usaha sama, sikap optimistik dan usaha gigih adalah mustahak bagi perkembangan ASEAN dan China pasca pandemik COVID-19 dan perkongsian pelbagai peringkat amat diperlukan bagi mewujudkan matlamat ini.

China, ASEAN Buah Hasil Dalam Kerjasama Basmi Kemiskinan_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_75bc6bff-5ffa-4aba-8ec8-97f21ad64bf8

Untuk rekod, forum yang berfokus pada topik “China-ASEAN: Pemangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan secara berterusan ” diadakan secara hibrid iaitu fizikal dan maya dengan tujuan meningkatkan pertukaran dan berkongsi rancangan berkenaan antara China, negara-negara ASEAN dan pertubuhan, syarikat dan kumpulan pemikir antarabangsa demi menyumbang kepada pembasmian kemiskinan tegar di negara-negara ASEAN, dan mewujudkan matlamat pembangunan lestari PBB.  

曹捷