China Gesa Palestin dan Israel Kekang Diri dengan Maksimum

2021-06-25 12:38:21  CRI
Share with:

China menggesa pelbagai pihak terlibat terutamanya Israel mengekang diri dengan maksimum. Demikian dinyatakan wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun ketika menyampaikan ucapan dalam sidang terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Asia Barat dan Palestin semalam.

Zhang berkata, pada masa belum sampai sebulan sejak terwujudnya gencatan senjata antara Palestin dan Israel, perarakan yang disetujui kerajaan Israel yang berlangsung di kota suci meruncingkan lagi situasi yang tegang, sehingga Israel melancarkan serangan udara terhadap Gaza sekali lagi. China menggesa pelbagai pihak terlibat terutamanya Israel mengelakkan sebarang aktiviti provokasi, tindakan keras terhadap rakyat jelata dan lakuan yang mungkin meruncingkan pertentangan. Israel sepatutnya memelihara dan menghormati situasi Baitulmuqdis yang sedia ada dan hak beragama penganut Islam.

Kata Zhang, Israel mempergiat penempatan haram di tanah Palestin yang didudukinya merupakan halangan bagi mewujudkan kedamaian antara Palestin dan Israel serta merealisasikan “rancangan dua negara”. China menggesa Israel segera menghentikan tindakan penempatan tersebut, berhenti memusnahkan rumah penduduk Palestin, berhenti mengusir rakyat Palestin dan menangani masalah keganasan yang semakin menonjol yang dicetuskan penghuni di tapak terbabit.

Zhang berkata, China sebagai rakan ikhlas rakyat Palestin menyokong teguh usaha yang adil rakyat Palestin untuk memperjuangkan hak bangsanya dan menyokong pembinaan negara Palestin.  

曹捷