Buku kulit putih "Praktik mulia Parti Komunis China (PKC) dalam menghormati dan menjamin hak asasi manusia" telah diterbitkan kelmarin. Dengan adanya buku itu, dunia luar bukan sahaj dapat mengambil tahu perjuangan PKC yang tekad mendorong pembangunan hak asasi manusia pada seabad lalu, tetapi juga mendapat inspirasi bahawa justeru parti pemerintah China yang berperanan sebagai penjamin asas dalam mencapai kemajuan secara berturut-turut dalam bidang terbabit.
Menurut buku kulit putih tersebut, menyejahterakan rakyat dan menjana penggiatan semula bangsa China adalah cita-cita dan misi PKC yang juga dijadikan manifesto teras dalam mengembangkan hak asasi manusia. Sejak saat ditubuhkan, PKC sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat, menggabungkan prinsip asas hak asasi manusia dengan keadaan sebenar di China, mengekalkan hak hidup dan hak pembangunan sebagai hak asasi manusia yang perdana, mengekalkan "kehidupan bahagia rakyat" sebagai hak asasi manusia yang paling penting, mendorong pembangunan menyeluruh untuk setiap insan, menjadikan rakyat semakin relevan dengan kepuasan hati, kebahagiaan dan keselamatan, dan berjaya menempuh sebuah jalan pembangunan hak asasi manusia untuk negara sosialis yang bercirikan China.
Selain itu, "menghormati dan menjamin hak asasi manusia" juga tercantum dalam Perlembagaan dan dijadikan prinsip utama tadbir urus negara.
"Hak asasi manusia" bukanlah istilah politik yang abstrak, melainkan hakikat yang dapat dirasai setiap warga negara.
Pada tahun 2012 hingga 2020, kesemua 98.99 juta populasi miskin (mengikut piawaian sekarang ini) di luar bandar telah dibantu membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Dengan itu, China berjaya mencapai matlamat pembanterasan kemiskinan dalam kerangka Agenda Pembangunan Lestasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Tahun 2030 dengan 10 tahun awal, dan menyumbang 70% kepada usaha global dalam membasmi kemiskinan.
PKC berjaya merintis satu jalan pembangunan hak asasi manusia yang bersesuaian dengan keadaan negara sendiri. Ini membuktikan bahawa pentakrifan hak asasi manusia tidak boleh dimonopoli dunia barat. Hendaklah mencari jalan tersendiri berdasarkan keadaan negara masing-masing demi menghormati, menjamin dan membangunkan hak asasi manusia.