Bertudung ‘Kebebasan Akhbar’ Kacau-bilaukan Hong Kong

2021-06-26 13:50:39  CRI
Share with:

Bertudung ‘Kebebasan Akhbar’ Kacau-bilaukan Hong Kong_fororder_微信图片_20210626144732

Tidak hairanlah, segelintir politikus dari negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Britain sekali lagi menuduh dan memfitnah China yang “mencabuli kebebasan akhbar” sebaik saja Apple Daily Hong Kong mengumumkan berhentinya pengoperasian melalui laman sesawangnya.

Perkataan tuduhan terbabit amat tidak masuk akal. Masalah yang wujud dalam urus niaga Apple Daily sama sekali tidak berkaitan dengan kebebasan akhbar, tetapi pelanggaran Undang-undang Keselamatan Negara Melibatkan Hong Kong. Politikus dari negara barat yang diketuai AS yang bertudung memelihara “kebebasan akhbar”  tersebut, secara terang-terangan mencampuri urusan Hong Kong yang merupakan urusan dalaman China, dan dengan sesuka hati menginjak-injak Undang-undang Antarabangsa dan prinsip asas hubungan antarabangsa.

Ini pasti akan mengundang bantahan yang tegas dari semua rakyat China termasuk penduduk Hong Kong.

Menutup Apple Daily Hong Kong beserta portalnya adalah keputusan yang dibuat syarikat itu sendiri. Apa yang disebut “ditutup secara paksa” sama sekali khabar angin yang bukan-bukan. Segelintir orang dari Barat sengaja mengambinghitamkan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong tanpa mengambil kira masalah pengelolaan akhbar itu, dan tujuannya jelaslah, iaitu mencipta gangguan kepada pembangunan China termasuk Hong Kong.  

Menurut pihak polis Hong Kong, Jabatan Keselamatan Negara Polis Hong Kong pada 18 Jun lalu telah mendakwa secara rasmi pekerja akhbar itu disyaki melanggar fasal ke-29 Undang-undang Keselamatan Negara Melibatkan Hong Kong, iaitu bersubahat dengan kuasa asing dari seberang laut membawa ancaman terhadap keselamatan negara. Penguatkuasaan polis Hong Kong adalah berdasarkan undang-undang, dan bukan main kejinya orang Barat yang menuding jari dengan alasan yang bukan-bukan.  

Para politikus tersebut yang selalu menguar-uarkan “kebebasan akhbar” digesa menjawab bahawa negara mana di dunia ini boleh membenarkan lakuan yang mengancam keselamatan negara dengan alasan ‘menjaga kebebasan akhbar dan bersuara’ ? Apa tindakan yang akan diambil negara Barat termasuk AS jika perkara seumpama itu berlaku di negara mereka sendiri?

Langkah polis Hong Kong yang diambil di sisi undang-undang difitnah oleh segelintir orang Barat sebagai apa yang disebut ‘kecelakaan’, justeru mendedahkan bahawa mereka barulah pendalang yang sebenar yang menindas media dengan keras dan menyekat kebebasan akhbar!

曹捷