Sokong Tuntutan Argentina terhadap Kedaulatan Malvinas

2021-06-26 14:35:39  CRI
Share with:

Naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), Geng Shuang ketika menyampaikan ucapan mengenai isu Kepulauan Malvinas dalam sidang Jawatankuasa Khas Perhimpunan Agung PBB mengenai isu dekolonisasi pada 24 Jun menyatakan sokongan terhadap tuntutan yang adil Argentina terhadap kedaulatan kepulauan itu, dan berharap Britain memberikan respons dengan positif agar dialog dan rundingan dilancarkan dengan secepat mungkin untuk mencari penyelesaian yang damai, adil dan lestari menurut resolusi PBB berkenaan. Ini pendirian yang dikekalkan China dalam isu itu, yang menggambarkan penghormatan dan pembelaan terhadap prinsip Piagam PBB.

Sempena memperluas penjajahannya di rantau Amerika Selatan, Britain mula menduduki kepulauan Malvinas dengan tindakan keras pada tahun 1833. Pada tahun 1965, PBB meluluskan ketetapan yang menyenaraikan isu itu dalam usaha penghapusan penjajahan, dan menggesa Britain dan Argentina menyelesaikan persengketaan mengenai kedaulatan Malvinas melalui rundingan dua hala. Jelaslah, isu Kepulauan Malvinas pada hakikatnya adalah isu ketinggalan sejarah penjajahan.

Argentina tidak pernah menghentikan tuntutan terhadap kedaulatan itu. Sidang agensi PBB tersebut juga berulang kali menggesa kerajaan Britain mengadakan rundingan dengan Argentina, tetapi ditolak Britain.

Ini membuktikan bahawa Britain masih ketagih dalam impian kolonialisme lama, berniat 'cash out' 'dividen' ketinggalan zaman penjajahan dan meneruskan pelaksanaan politik kuasa kuat. Sampai masa ini, pihak berkuasa Britain tetap enggan memikirkan dosa yang dilakukannya semasa zaman penjajahan.

Masyarakat antarabangsa sepatutnya bersatu-padu untuk mendorong proses dekolonisasi yang melibatkan 17 buah wilayah termasuk kepulauan Malvinas. Wahai, masa yang penjajah Barat boleh melakukan apa-apa saja dengan sewenang-wenangnya mustahil berulang lagi.

曹捷