Bidang Mana yang Baharu dalam Sistem Parti Politik Baharu China?

2021-06-26 16:26:14  CRI
Share with:

Sempena ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC), kertas putih mengenai sistem parti politik China yang dikeluarkan semalam berfungsi sebagai satu jendela bagi dunia luar mengenali negara Tembok Besar ini.

Berlainan dengan sistem pelbagai parti politik yang bersifat bersaing yang dilaksanakan Barat, yang diamalkan di China adalah sistem pelbagai parti yang bersifat kerjasama dan permesyuaratan yang dipimpin oleh PKC.

Penyelidik kanan dari Universiti Cambridge Britian, Martin Jacques menganggap, sistem pelbagai parti yang bersifat bersaing dipandang sebagai satu kelebihan milik sistem demokrasi kerana dapat membantu parti politik mengelak daripada menjadi kaku dan tidak mahu berkembang maju.

Padahal, PKC berjaya mendapati kaedah sendiri bagi mengekalkan badan yang segar dan dinamik, namun parti politik Barat semakin hari semakin menjauhi rakyat yang diwakilinya.

Jadi, bidang mana yang "baharu" dalam sistem parti politik baharu China? Jawapannya adalah hubungan istimewa antara pelbagai parti politik.

Sistem politik China merangkumi PKC, lapan parti demokratik dan tokoh-tokoh tidak berparti. PKC berperanan sebagai pengarah dan pemerintah, sedangkan yang lainnya bukanlah parti pembangkang, melainkan peserta dan penolong dalam tadbir urus negara di bawah pimpinan PKC.

Parti-parti demokratik di China giat melibatkan diri dalam bidang politik secara menyeluruh, termasuk menyertai pentadbiran negara, menyusun penggubalan dasar penting, membincangkan urusan mencalonkan pemimpin, mentadbir urus negara, menggubal dan melaksanakan perundangan dan peraturan. Merekalah rakan akrab PKC.

Sementara itu, "baharu" juga dicerminkan dalam proses membuat keputusan dan kaedah mentadbir.

Sebagai negara gergasi yang berpopulasi 1.4 bilion, China mempunyai kalangan masyarakat yang berbeza-beza. PKC, parti demokratik dan tokoh-tokoh tidak berparti mewakili hampir semua industri dan sektor, dan boleh memastikan sistem parti politik baharu bukan sahaja menghormati keinginan majoriti, tetapi juga memperhatikan permintaan minoriti yang rasional.

Dan akhirnya, sistem politik China yang berpandukan permesyuaratan, penglibatan dan pembincangan dalam tadbir urus negara, pemantauan demokratik, dan pungutan suara pelbagai pihak, berperanan mendorong keputusan dibuat secara saintifik dan demokratik, mengelak berlakunya pergelutan demi kepentingan suatu parti, golongan dan kumpulan serta kecuaian dalam perbahasan dan membuat keputusan, dan mampu memastikan kelangsungan dasar negara dalam pelaksanaan yang konsisten.  

高蕾