Jepun Digesa Batalkan Keputusan Pelepasan Air Tercemar Nuklear ke Laut

2021-06-27 15:41:05  CRI
Share with:

Jepun Digesa Batalkan Keputusan Pelepasan Air Tercemar Nuklear ke Laut_fororder_微信图片_20210627153934

Dalam sidang ke-31 negara pemeteraian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-undang Laut (LOSC) pada Jumaat lalu, wakil Jepun dalam ucapannya menyatakan bahawa melepaskan air kumbahan nuklear yang sudah dikelola ke laut adalah tindakan yang selamat, Jepun telah mengambil langkah dengan terbuka dan telus, tindakan berkenaan sudah diiktiraf oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan sebagainya.

 Ucapan itu sama sekali mengelirukan khalayak ramai, dan niatnya adalah untuk menyesatkan masyarakat antarabangsa dan mencari dalih untuk tindakannya yang hanya mementingkan diri semata-mata dan sangat tidak mahu bertanggungjawab.

Kalau betul-betul 'selamat' seperti yang dikatakan Jepun, bolehkah pihaknya menjawab sebuah soalan, iaitu kenapa negaranya tidak memilih menyimpan air itu untuk kegunaan sendiri, tetapi degil mahu melepaskannya ke Laut?

Masyarakat antarabangsa tahu bahawa loji janakuasa nuklear Fukushima pernah mengalami kemalangan yang tersenarai dalam kategori yang paling tinggi,  sehingga air kumbahan itu mengandungi banyak bahan radioaktif yang dikeluarkan sepanjang proses pembelahan nuklear. Mutu airnya sama sekali tidak sama dengan air sisa daripada loji janakuasa nuklear yang beroperasi dengan normal. Kemalangan seperti yang berlaku di Fukuchima tidak pernah berlaku di tempat lain di dunia, maka Jepun juga tidak berpengalaman untuk menangani kejadian itu.

Jepun Digesa Batalkan Keputusan Pelepasan Air Tercemar Nuklear ke Laut_fororder_微信图片_20210627153951

Syarikat Tenaga Elaktrik Tokyo (TEPCO) pernah mendakwa bahawa air tercemar selepas dirawat boleh membersihkan majoriti nuklida kecuali tritium. Namun, laporan pihak Jepun pada bulan Februari tahun 2020 menunjukkan, masih terdapat 73% air kumbahan yang pernah dirawat tetap melampaui standard keselamatan, lebih-lebih lagi, pencairan air kumbahan yang mengandungi tritium tidak dapat mengubah jumlah keseluruhan tritium.

Sampai-sampai TEPCO menawarkan pembidaan umum tentang teknologi penapisan nuklida "tritium" dalam air kumbahan nuklear baru-baru ini. Hal ini amat mengejutkan dunia, masakan kerajaan Jepun berani berjanji air tercemar selepas dirawat adalah selamat sebelum menguasai teknologi penapisan berkenaan.

IAEA yang sama sekali tidak pernah meratifikasi atau mengiktiraf keputusan Jepun untuk melepaskan air kumbahan nuklear ke laut, sedang membuat persiapan untuk membentuk satu kumpulan kerja, dan mengesahkan pakar China dan Republik Korea akan diundang untuk menyertai kerja berkenaan.

Penanganan air tercemar dari loji janakuasa nuklear Fukushima bukan hanya berkaitan dengan Jepun. Menurut agensi penyelidikan sains laut Jerman, arus laut yang paling kuat di dunia yang mengalir menyusuri pantai Fukushima boleh membawa air tercemar yang dilepaskan ke perairan sejagat dalam tempoh 10 tahun. Ini pasti akan melahirkan pengaruh negatif kepada persekitaran laut, keselamatan makanan dan kesihatan umat manusia.

Maka, Jepun semestinya menghormati keadilan dunia dan segera membatalkan keputusan pelepasan air tercemar nuklear ke laut.

曹捷