Iran Gesa Pihak Berkenaan Ambil "Keputusan Sukar"

2021-06-28 13:01:57  CRI
Share with:

Iran telah membuat keputusan yang amat sukar untuk menyelamatkan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran. Pihak-pihak berkenaan yang lain juga digesa berbuat demikian, kata Naib Menteri Luar yang juga ketua perunding isu nuklear Iran, Abbas Araghchi di Tehran semalam.

Menurutnya, sebanyak enam pusingan rundingan untuk memulihkan pelaksanaan perjanjian oleh AS dan Iran telah diadakan, dan beberapa masalah telah dibincangkan secara menyeluruh. Di samping itu, rundingan tersebut telah memasuki fasa akhir dan tibalah masa bagi pelbagai pihak terlibat untuk membuat keputusan yang sukar.

覃淼