Wang Yi Bakal Hadir Mesyuarat Menteri Luar G20

2021-06-28 19:42:54  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan 20 (G20) secara maya pada 29 Jun.

Kehadiran beliau atas undangan rakan sejawatnya dari Itali, Luigi Di Maio.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.

Wang Wenbin menyatakan bahawa mempertahankan multilateralisme dan menambahbaik tadbir urus ekonomi global adalah amat mustahak pada ketika ini. G20 sebagai wadah kerjasama ekonomi dunia yang penting, seharusnya memainkan peranan pimpinan yang lebih besar dalam menggalakkan usaha memerangi wabak dan pemulihan ekonomi dunia.

Tegasnya, China berharap mesyuarat menteri luar kali ini dapat menggalakkan pelbagai pihak menyemarakkan semangat perkongsian, memperkukuh solidariti, di samping mengeluarkan isyarat kuat kepada seluruh dunia untuk bersama-sama menjayakan perjuangan melawan wabak, memulihkan ekonomi, menambahbaik tadbir urus ekonomi global dan mewujudkan pembangunan mampan yang inklusif. Mesyuarat ini juga diharap dapat menyediakan asas kepada Sidang Kemuncak Rom dan menyuntik keyakinan dan kedinamikkan kepada dunia agar memerangi wabak dan mewujudkan pemulihan ekonomi secepat mungkin.

徐国玮