Gejala Rasisme di AS Tak Dapat Ditutup

2021-06-28 16:11:40  CRI
Share with:

Gejala Rasisme di AS Tak Dapat Ditutup_fororder_微信图片_20210628160411

Derek Chauvin, bekas anggota polis Amerika Syarikat (AS) yang membunuh lelaki berkulit hitam George Floyd, dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun setengah. Ini dianggap titik perubahan dalam sejarah penguatkuasaan undang-undang oleh polis di AS.

Walau bagaimanapun, ramai rakyat di negara itu tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Di samping itu, Chauvin masih enggan memohon maaf kepada keluarga Floyd. Gejala diskriminasi ras di AS tidak akan berubah kerana satu kes semata-mata.

Peguam keluarga Floyd menyatakan bahawa "apabila orang tidak perlu takut dibunuh oleh polis kerana warna kulitnya, itulah keadilan yang benar." Ini sekali gus memperlihatkan realiti dan sejarah tentang kaum minoriti dianiaya di negara itu.

Gejala Rasisme di AS Tak Dapat Ditutup_fororder_微信图片_20210628160427

Dalam tempoh setahun lalu, penguatkuasaan undang-undang secara ganas oleh anggota polis dan diskriminasi ras tidak pernah berhenti, manakala kes seumpama Floyd masih berulang di negara itu. Pada masa yang sama, penyusunan undang-undang pembaharuan polis yang dinamakan sempena Floyd menghadapi halangan besar.

Menurut laporan Washington Post, punca diskriminasi ras dan pelaksanaan undang-undang secara ganas adalah budaya anggota polis dan mesti diubah dari sistem dalamannya.

Fikiran orang berkulit putih diutamakan adalah amat kuat di AS pada masa ini. Ramai politikus enggan membuat apa-apa perubahan tentang isu tersebut malah menghasut dan membiarkan fenomena itu. Rasisme kini wujud secara komprehensif, sistematik dan berterusan di AS.

Walaupun Derek Chauvin dijatuhkan hukuman, namun ini tidak dapat menutup gejala hak asasi manusia yang buruk di AS. Genosid terhadap penghuni asal, diskriminasi ras, tindakan mencetuskan perang di Afhganistan, Iraq dan Syria yang mengakibatkan beratus-ratus ribu orang maut, dan kira-kira 10 juta orang terpaksa meninggalkan kampung halaman serta mengenakan sekatan sepihak untuk membuli negara lain. Tindakan AS yang mencabuli hak asasi manusia yang tak terbilang itu tidak dapat ditutup.

徐国玮