Pemenang Pingat 1 Julai, Pahlawan yang Berbakti kepada Rakyat

2021-06-30 10:49:13  CRI
Share with:

"Pemenang-pemenang Pingat 1 Julai ini adalah rakyat biasa yang berbakti kepada rakyat." Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan pada majlis penganugerahan Pingat 1 Julai yang diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.

Pingat 1 Julai, kehormatan tertinggi kepada anggota PKC yang cemerlang, buat julung-julung kalinya dianugerahkan pada tahun ini. Antara pemenang itu, ada bekas tentera, pekerja cemerlang, pelopor pembaharuan, saintis, diplomat dan lain-lain.

Walaupun mereka dari pelbagai kalangan pada zaman yang berbeza, namun semuanya mempunyai sifat rohani umum anggota PKC, iaitu kepercaya teguh, praktik rukun parti, kerja kuat dan integriti.

Kisah 29 pemenang Pingat 1 Julai ini bukan hanya pengalaman mereka sendiri, malah mencerminkan sejarah 100 tahun PKC yang berjuang demi kesejahteraan rakyat, dan membantu dunia luar mengenali PKC dengan lebih jelas.    

Penyelidik dari Institut Kajian Strategik Belarus,  Sergey berpendapat bahawa PKC sentiasa di barisan depan dalam perkembangan zaman, terutamanya membawa rakyat China mencapai pembangunan cemerlang sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. 29 pemenang Pingat 1 Julai yang mewakili 91 juta anggota PKC sudah jelas memberi tafsiran mengenai prestasi yang luar biasa tersebut.

胡星