AS, Pengacau Terbesar bagi Order Antarabangsa

2021-06-30 14:45:40  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) ialah pengacau terbesar bagi order antarabangsa. "Order antarabangsa berasaskan peraturan" yang disebut oleh negara itu sebenarnya order hegemoni yang membolehkan AS mendominasi dunia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media semalam ketika membidas kenyataan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

Dilaporkan, Blinken ketika diwawancara sempena lawatannya ke Eropah menyatakan, sasaran AS terhadap China adalah menyokong sistem yang bebas dan terbuka yang berasaskan peraturan dan standard yang dibina pasca Perang Dunia Kedua. Menurut Jabatan Negara AS, Blinken dan pemimpin negara-negara Eropah telah mengadakan perbincangan tentang kerjasama rentas Atlantik serta cara menangani paksaan ekonomi China.

Wang Wenbin berkata, AS menarik diri daripada perjanjian secara sesuka hati, mengenakan sekatan sepihak ke atas negara lain, malah memaksa negara lain dengan kekuatan ketenteraannya. Langkah tersebut menjejaskan kedamaian serantau dan antarabangsa, membelakangi undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa. Kebanyakan negara termasuk negara sekutu AS tidak bersetuju dengan tindakan AS tersebut.

Tegas Wang lagi, hanya terdapat satu sistem di dunia iaitu sistem antarabangsa yang berteraskan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

徐国玮