Kerjasama China-Rusia, Penyumbang kepada Kedamaian Dunia

2021-06-30 10:51:18  CRI
Share with:

Kerjasama China-Rusia, Penyumbang kepada Kedamaian Dunia_fororder_72934270

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin melalui video pada petang Isnin. Pemimpin kedua-dua negara mengumumkan kenyataan bersama untuk melanjutkan Perjanjian Kerjasama Jiran Baik dan Persahabatan China-Rusia.

Pelanjutan perjanjian itu bukan sahaja saksi kepada hubungan perkongsian strategik komprehensif pada zaman baharu China-Rusia, malah juga memberikan tenaga positif kepada kedamaian dan kestabilan dunia.

Perjanjian Kerjasama Jiran Baik dan Persahabatan China-Rusia yang ditandatangani pada 20 tahun lalu, disifatkan sebagai peristiwa penting dalam sejarah hubungan China-Rusia. Ia meletakkan asas kukuh bagi persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara ini.

Sepanjang dua dekad lalu, China dan Rusia mengekalkan dasar berkecuali, tidak berkonfrontasi, dan tidak menyasarkan pihak ketiga, saling menyokong dalam isu-isu melibatkan keprihatinan dan kepentingan teras satu sama lain. Hubungan China-Rusia yang menjadi teladan hubungan negara besar di dunia ini,bukan sahaja memelihara kepentingan bersama kedua-dua negara, tetapi juga memberikan sumbangan kepada keamanan dan ketenteraman dunia.

Kini, situasi antarabangsa bertambah rumit. Keputusan China dan Rusia untuk melanjutkan perjanjian tersebut memperlihatkan konsensus dan kepercayaan politik pemimpin kedua-dua negara, di samping memberikan asas kukuh kepada pembangunan dan perkembangan persahabatan rakyat kedua-dua negara dalam jangka masa panjang.

Pada masa yang sama, China dan Rusia akan merapatkan kerjasama dalam sektor perdagangan, sumber tenaga, teknologi canggih, dan meningkatkan penyelarasan inisiatif Jalur dan Laluan dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia. Peningkatan kerjasama China-Rusia bukan sahaja sesuai dengan kepentingan kedua-dua negara, malah bermanfaat kepada kesalinghubungan dunia.

覃淼