Media Asing Puji Kejayaan PKC

2021-06-30 14:46:38  CRI
Share with:

Media utama dari beberapa negara termasuk negara Barat baru-baru ini menerbitkan rencana yang mengatakan bahawa prestasi Parti Komunis China (PKC) khususnya dalam pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat adalah punca kepada kadar kepuasan rakyat yang tinggi. Walaupun generasi muda China juga berminat terhadap budaya popular Barat, namun mereka lebih berbangga dengan kejayaan di negara sendiri.

Akhbar Yomiuri Shinbun Jepun menyiarkan artikel yang mengatakan, di bawah pimpinan PKC, China telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang menakjubkan, dan menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia pada masa ini. Di samping mempertahankan sosialis dari sistem politik, China juga melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang berjaya membina ekonomi pasaran sosialis. Ini membina jalan bagi pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Lawan sesawang Business Insider Amerika Syarikat (AS) menyiarkan rencana yang menyebut, inti pati sistem sosialisme bercirikan China adalah rakyat menjadi tuan di negara ini. Ini termasuk tiga kunci iaitu pimpinan PKC, rakyat menjadi tuan dan pentadbiran negara berdasarkan undang-undang. Sistem tersebut memastikan rakyat menikmati limpahan manfaat daripada pembangunan negara. Peningkatan taraf hidup rakyat yang paling pesat dalam sejarah insan disaksikan di China.

徐国玮