Bebas Malaria, Sumbangan China kepada Dunia

2021-07-01 10:38:39  CRI
Share with:

Bebas Malaria, Sumbangan China kepada Dunia_fororder_微信图片_20210701151656

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan, China telah bebas daripada penyakit malaria. Oleh itu, China menjadi negara pertama di rantau Pasifik Barat yang mendapat pengiktirafan tersebut dalam tempoh lebih 30 tahun lalu.

Jumlah kes malaria yang dilaporkan di China menurun daripada 30 juta pada tahun 1940-an kepada angka sifar pada tahun 2017 hingga hari ini. Prestasi ini bukan hanya kerana kesungguhan negara yang melaksanakan pencegahan dan kawalan yang bersasaran tepat dalam beberapa dekad lalu, malah juga kejayaan pembinaan sistem jaminan kesihatan awam. Ia juga hasil pentadbiran Parti Komunis China (PKC) yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat.

Malaria antara penyakit berjangkit yang paling berbahaya di dunia. China komited membanteras penyakit itu bermula tahun 1950-an. Seiring dengan pelaksanaan kempen pembasmian kemiskinan, taraf rumah kediaman, kehidupan, komunikasi dan perubatan rakyat semakin ditingkatkan. Jaringan jaminan perubatan asas yang meliputi seluruh rakyat memainkan peranan yang penting bagi menghapuskan penyakit malaria.

Sebagai negara yang mempunyai populasi paling banyak di dunia, penghapusan malaria memperlihatkan bukan sahaja peningkatan taraf kesihatan awam, tetapi juga kemajuan hak asasi manusia. Penghapusan malaria ataupun usaha melawan pandemik COVID-19 pada masa kini telah mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa manusia merupakan komuniti berkongsi nasib. Perpaduan dan kerjasama merupakan satu-satunya pendekatan yang betul untuk menghadapi krisis kesihatan awam sejagat.

徐国玮