Suruhanjaya Penyakit Berjangkit Songkhla, Thailand semalam mengumumkan perintah berkurung pada waktu malam berkuatkuasa di seluruh provinsi itu selama sebulan bermula 30 Jun hingga 29 Julai. Penduduk tempatan dilarang ke luar selepas pukul 10.00 malam hingga pukul 4.00 pagi, manakala restoran, pasar, kedai, pasar raya dan pusat beli-belah dibenarkan beroperasi hingga pukul 9.00 malam dalam tempoh tersebut.
Pegawai suruhanjaya itu menyatakan, wabak COVID-19 kian serius di bandar itu. Kes jangkitan kian meningkat dan merebak ke kawasan lain. Di samping itu, terdapat penduduk dari kawasan risiko tinggi masuk ke provinsi itu.
Oleh itu, perintah berkurung pada waktu malam dilaksanakan bagi membendung penularan wabak.