Perhimpunan merayakan sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Parti Komunis China (PKC) diadakan di lapangan Tian'anmen pada pagi semalam. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mengumumkan bahawa China telah merealisasikan Sasaran Perjuangan Seratus Tahun pertama, iaitu mewujudkan masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh di negara ini. China telah menyelesaikan masalah kemiskinan mutlak, dan mengorak langkah ke arah merealisasikan Sasaran Perjuangan Seratus Tahun kedua, iaitu membina China sebagai negara sosialis moden yang kuat.
Mengapa PKC dapat mengatasi pelbagai kesukaran hingga melakar kejayaan yang gemilang? Ucapan Xi telah memberi jawapan. Kegemilangan itu tercapai kerana semangat penubuhan parti. Pada seratus tahun yang lalu, para perintis komunis yang menubuhkan PKC, memupuk semangat mempertahankan kebenaran dan cita-cita asal, mengamalkan panduan yang terkandung dalam misi inisiatif yang terpikul, sanggup berkorban, bersemangat gigih dalam perjuangan, serta taat setia kepada parti dan rakyat.
PKC ditubuhkan pada tahun 1921 semasa bangsa China bergelut dengan perang saudara dan pencerobohan dari negara luar. Jumlah anggota PKC hanya 58 orang apabila parti ditubuhkan. Melalui pengembangan satu abad, PKC telah berkembang menjadi parti politik terbesar di dunia dengan lebih 95 juta anggota, yang juga menjadi parti pemerintah di negara yang mempunyai jumlah populasi lebih 1.4 bilion orang.
PKC akan terus berdedikasi untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat, di samping itu, memberikan peluang pembangunan kepada seluruh dunia.