China Sumbangkan Lagi Vaksin kepada Comoros

2021-07-02 14:58:06  CRI
Share with:

China Sumbangkan Lagi Vaksin kepada Comoros_fororder_xxxxx

Satu lagi kumpulan bekalan vaksin COVID-19 yang disumbangkan China kepada Comoros selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Said Ibrahim di Moroni, pada petang Khamis.

Menteri Luar Comoros, Dhoihir Dhoulkamal ketika menyambut ketibaan vaksin itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan China yang terus menyalurkan bekalan vaksin.

Beliau turut menghargai kesungguhan China dalam mengotakan janji memastikan vaksin yang dihasilkannya dapat dimanfaatkan untuk kebaikan global, sekali gus menyumbang kepada usaha sama memerangi wabak di peringkat dunia.

Dalam pada itu, Duta Besar China ke Comoros, He Yanjun menyatakan bahawa virus tidak berbatas, dan wabak tidak mengenal bangsa.

Katanya, sumbangan tersebut mencerminkan azam China untuk membantu negara lain menempuhi masa sukar melalui sinergi dan perpaduan.

Menurut He, ia juga merupakan tindakan praktikal China untuk meningkatkan agihan vaksin yang mudah diakses dan mampu milik di negara membangun.

董筱娉