PKC akan Terus Tempuh Jalan Sendiri

2021-07-03 15:45:52  CRI
Share with:

PKC akan Terus Tempuh Jalan Sendiri_fororder_锐评

Parti Komunis China (PKC) dan rakyat China akan terus menempuh jalan yang dipilih sendiri, menguasai nasib pembangunan dan kemajuan negara di tangan sendiri.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping membuat kenyataan tersebut kepada dunia ketika berucap dalam perhimpunan merayakan sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan parti tersebut pada Khamis lalu.

Sejak seratus tahun yang lalu, PKC mengetuai rakyat China mewujudkan kemerdekaan negara dengan panduan Marxisme, menjadikan negara ini entiti ekonomi kedua terbesar dunia. China telah mencipta dua keajaiban, iaitu pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kestabilan masyarakat dalam jangka panjang. Sejarah membuktikan bahawa hanyalah sosialisme dapat menyelematkan China, dan hanyalah sosialisme bercirikan China dapat mengetuai negara ini terus berkembang maju ke masa depan yang lebih cerah.

Di samping itu, pembangunan China telah menyuntik tenaga positif kepada pembangunan dunia. Sejak sekian lama, kadar sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi dunia kekal pada lebih kurang 30 peratus. Sementara itu, inisiatif Jalur & Laluan (BRI) akan memberi manfaat kepada lebih 7.6 juta orang dari negara-negara terlibat keluar dari belanggu kemiskinan mutlak, dan 32 juta orang keluar dari status kemiskinan sederhana.

Melalui perjuangan gigih selama beberapa dekad, PKC mengetuai rakyat China telah merealisasikan sasaran seratus tahun pertama iaitu mewujudkan masyarakat makmur sederhana. Kini, China sedang menuju ke sasaran seratus tahun kedua iaitu membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat.

Dalam perjalanan baharu yang penuh cabaran ini, PKC akan membelajari segala pencapaian dan hasil baik dari tamadun umat manusia, di samping mengalu-alukan segala cadangan membina dan kritikan yang ikhlas. Namun parti ini menolak sebarang ajaran sombong.

胡星