Mana Layak Kritik Hak Asasi Negara Lain?

2021-07-04 15:18:54  CRI
Share with:

Mana Layak Kritik Hak Asasi Negara Lain?_fororder_微信图片_20210704144539

Setelah melihat ketidakberkesanan Washington dalam mengawal penularan wabak COVID-19, rakyat sedunia kini sekali lagi terkejut dengan sikap apati kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam menangani tragedi kondominium runtuh di Miami, Florida baru-baru ini. 

Sudah masuk hari ke-10 selepas insiden itu berlaku, namun kerja mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan perlahan.

Menurut kalangan SAR antarabangsa, seseorang hanya dapat menahan selama 72 jam dalam runtuhan, khususnya 24 jam paling awal adalah sangat signifikan bagi menyelamatkan nyawa itu. Namun prinsip penyelamatan itu diketepikan kerana birokrasi di AS.

Menurut media, setelah kemalangan itu berlaku, kelulusan prosedur untuk mengerahkan sumber SAR di peringkat kerajaan tempatan dan persekutuan mengambil masa 16 jam. Selain itu, pasukan penyelamat yang pertama tiba di tempat kemalangan pada 16 jam selepas indisen berlaku, dan hanya terdiri daripada lebih 10 orang. Tambahan pula, cara menyelamat pasukan itu amat mundur dan mengundang kritikan para netizen. Pegawai kerajaan kelihatan sibuk menyertai sidang media tetapi bukan mengetuai operasi SAR.

Dari 600 ribu nyawa yang diragut pandemik COVID-19, ke mangsa yang mati beku akibat bekalan elektrik terputus di Texas, malah mereka yang dibunuh dalam tragedi runtuhan kali ini, mana layak politikus AS menuding jari terhadap hak asasi manusia di negara lain? Sikap mereka menyakiti hati rakyat AS dan menjadi tragedi yang benar di negara itu.

徐国玮