PKC Terus Menempuh Jalan Pembangunan Damai

2021-07-04 14:49:44  CRI
Share with:

PKC Terus Menempuh Jalan Pembangunan Damai_fororder_1419137750

"Parti Komunis China (PKC) menumpukan perhatian terhadap masa depan dan nasib umat manusia dan sebarisan dengan segala golongan yang maju di dunia. Parti ini ialah pembina keamanan dunia, penyumbang pembangunan sejagat, dan penjaga orde antarabangsa."

Demikian dikatakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan pada perhimpunan merayakan sambutan ulang tahun ke-100 PKC pada 1 Julai.

PKC, sejak ditubuhkan pada tahun 1921, berdedikasi untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat dan menyumbangkan usaha kepada keamanan dan kemajuan umat manusia.

Pasukan pengaman China ke Lubnan ke-19 yang terdiri daripada 410 orang dianugerahkan Pingat Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun lalu. China aktif mengambil bahagian dalam penyelesaian masalah serantau secara damai, mengemukakan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mengobarkan konsep aman, maju, adil, saksama, demokratik dan bebas, menyokong multilateralisme, serta aktif melibatkan diri dalam tadbir urus global. China telah memberikan sumbangan sendiri hingga menyuntik tenaga positif kepada keamanan dan pembangunan dunia.Sejarah 100 tahun lalu menunjukkan bahawa PKC ialah parti yang berbakti kepada kesejahteraan rakyat, dan kemajuan umat manusia. Parti ini akan terus menempuh jalan pembangunan damai dan akan berusaha ke arah mewujudkan keamanan dan pembangunan di dunia.

覃淼