Phuket Dibuka kepada Pelancong Asing

2021-07-05 13:46:16  CRI
Share with:

Pulau peranginan terkenal Thailand, Phuket dibuka semula kepada pelancong asing pada Khamis lalu, selepas pandemik COVID-19 merencatkan sektor pelancongan di situ selama lebih setahun.

Langkah tersebut dilaksanakan menerusi skim perintis "Phuket Sandbox" yang membenarkan pelancong lengkap vaksin memasuki Thailand tanpa perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari.

Setakat ini, pulau itu sudah menerima ketibaan lebih seribu pelancong dari seluruh dunia.

Menurut perancangan kerajaan, jika "Phuket Sandbox" yang bertujuan memulihkan pelancongan sambil membendung wabak dapat berjaya, skim berkenaan akan diperluas ke destinasi pelancongan lain.

梁靓