50 Maut Pesawat Tentera Filipina Terhempas

2021-07-05 13:44:21  CRI
Share with:

Seramai 50 orang maut selepas sebuah pesawat tentera yang membawa 96 penumpang terhempas di selatan Filipina pada Ahad.

Jurucakap tentera Filipina mengesahkan, pesawat C-130 itu terhempas ketika cuba mendarat di pulau Jolo, wilayah Sulu.

Antara mangsa yang terkorban termasuk 47 askar dalam pesawat dan tiga penduduk awam.

Sementara itu, seramai 49 askar telah berjaya diselamatkan dan sedang menerima rawatan.

梁靓