Berani Berevolusi, Kunci PKC Kekal Dinamik

2021-07-05 14:57:17  CRI
Share with:

Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan Parti Komunis China (PKC) ketika melakukan penambahbaikan terhadap dirinya menjadi kunci kejayaan parti itu terus cekal dan kekal dinamik.

Seperti yang dihuraikan Presiden China, Xi Jinping dalam ucaptamanya sempena sambutan ulang tahun ke-100 PKC pada 1 Julai, parti pemerintah itu masih mampu bertahan dan membara semangatnya setelah mengharungi ranjau perjalanan buat sepuluh dekad.

Pada pandangan beliau, kedinamikan PKC itu dibawakan oleh disiplin yang ketat serta urus tadbir yang telus, berintegriti dan cekap.

Ketika mengimbas kembali jalan yang ditempuhi PKC sejak ia dibentuk seratus tahun lalu, didapati bahawa sifat berani berevolusi merupakan antara ciri penting yang ditampilkan parti tersebut.

Sejak tahun 2012, tindakan berterusan dan tegas diambil PKC untuk memerangi gejala rasuah bagi mengukuhkan kepimpinan parti berkenaan, sekali gus menaikkan lagi reputasinya di persada dunia.

Selaku parti pemerintah yang berjiwa rakyat, PKC tidak pernah menyembunyikan kekurangan dirinya atau pun masalah, sebaliknya sentiasa memeriksa dan meneliti dirinya sendiri dan melakukan penambahbaikan.

Oleh kerana itu, PKC berupaya membimbing rakyat China mengorak langkah ke hadapan untuk masa depan yang lebih maju.

董筱娉