Taktik Lagakan Hubungan PKC dengan Rakyat Pasti Gagal

2021-07-06 13:55:34  CRI
Share with:

“Sebarang cubaan untuk memisahkan Parti Komunis China (PKC) daripada rakyat hingga menimbulkan pertentangan pasti gagal!”

Demikian ditegaskan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping dalam perhimpunan menyambut ulang tahun ke-100 PKC pada 1 Julai lalu.

Dalam tempoh seabad lalu, PKC membimbing rakyat menubuhkan Republik Rakyat China, menjalankan pembangunan sosialisme, melaksanakan pembaharuan dan keterbukaan, mewujudkan masyarakat makmur sederhana dan terus bergerak menuju ke matlamat kemakmuran bersama.

PKC sanggup melakukan usaha tanpa henti sehingga merealisasikan aspirasi rakyat terhadap kehidupan lebih bahagia.

Hubungan yang terjalin antara PKC dengan rakyat rapat sekali bagaikan aur dengan tebing.

Menurut laporan tinjauan yang dikeluarkan firma pakar runding terkemuka dunia, Edelman pada 2020, tahap kepercayaan rakyat China terhadap kerajaan merekodkan 95 peratus, paling tinggi antara negara-negara yang ditinjau.

Ia sekali gus memperlihatkan cubaan melaga-lagakan hubungan antara PKC dengan rakyat adalah tidak masuk akal.

Kesejahteraan rakyat sentiasa dijadikan matlamat yang diperjuangkan anggota PKC dari generasi ke generasi.

Dalam pada itu, PKC juga melihat rakyat sebagai pencipta sejarah dan pahlawan sebenar, yang turut memberi keyakinan kepada pentadbiran negara.  

林莹