Ahli Politik Veteran Singapura Sanjung Tinggi Pembangunan China

2021-07-07 13:40:13  CRI
Share with:

Beijing mengalu-alukan maklum balas positif yang dibuat ahli politik veteran Singapura akhir-akhir ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan Emeritus Singapura, Goh Chok Tong ketika berucap pada Forum Kedamaian Dunia (WPF) edisi ke-9 secara maya, memuji tekad dan komitmen China dalam menambah baik kesejahteraan masyarakat menerusi pertumbuhan ekonomi, bukan mengejar gelaran hegemoni di Asia atau pun melawan Amerika Syarikat.

Beliau turut menyifatkan pembangunan China sebagai positif kepada Asia malah seluruh dunia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat harian pada Selasa membalas dengan menyatakan bahawa dunia ketika ini memerlukan kolaborasi dan keterbukaan, bukan konfrontasi dan ketertutupan.

Zhao menegaskan, China akan terus menggembleng tenaga semua pihak demi kebaikan bersama, sekali gus menjunjung nilai insani berlandaskan kepada kedamaian, pembangunan, kesamarataan, demokrasi dan kebebasan.

Beliau juga mengulangi iltizam Beijing untuk terus menggerakkan pembentukan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, di samping menolak amalan hegemoni dan kuasa politik.

董筱娉