Maksimumkan Kepentingan Bersama Demi Hubungan Lebih Mantap

2021-07-07 15:27:22  CRI
Share with:

China, Perancis dan Jerman sekali lagi melancarkan sidang kemuncak maya dalam tempoh tiga bulan pada Isnin, memperlihatkan iltizam yang teguh dan jelas tentang keutamaan hubungan China-Eropah serta pengukuhan kerjasama dan dialog.

Sepanjang pertemuan maya itu, Presiden China Xi Jinping menyatakan, kerjasama antara pihak terbabit dilakukan berprinsipkan saling menghormati, mencari kesamaan dan mengetepikan perbezaan.

Perkongsian strategik menyeluruh yang terjalin antara China dengan Eropah menjanjikan berolehnya kepentingan bersama secara maksimum.

Sebagaimana yang ditekankan Xi, hala tuju hubungan China-Eropah menjadi lebih jelas dan mantap, manakala kerjasama berkenaan digarapkan tanpa gangguan.

Canselor Jerman Angela Merkel turut berkata, banyak konsensus dicapai Eropah dan China, sementara kerjasama lebih luas boleh dipupuk.

Beliau mahukan sesi dialog diadakan bagi merapatkan persefahaman dan mengurangkan pertembungan antara satu sama lain, selain mengharapkan perjanjian pelaburan Kesatuan Eropah-China dapat diluluskan seawal mungkin.

Dalam pada itu, Presiden Perancis Emmanuel Macron juga meluahkan harapan seumpama, dan berjanji akan  terus melakukan perbincangan dengan China mengenai isu perubahan iklim.

China menantikan sumbangan baharu yang dibuat Eropah dalam menghadapi cabaran global serta suri teladannya dalam menegakkan amalan multilateralisme.

董筱娉