Parti Politik Hendaklah Berjuang Demi Kemajuan Manusia

2021-07-08 14:59:58  CRI
Share with:

“Selaku kekuatan penting di sebalik kemajuan manusia, parti politik perlu memegang hala tuju betul, dan menggalas tanggungjawab sejarah untuk memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan manusia,” ujar Presiden Xi Jinping ketika berucap dalam Sidang Kemuncak Parti Komunis China (PKC) dan Parti Politik Dunia secara maya pada Selasa.

Sidang kemuncak itu dihadiri lebih 10,000 wakil parti termasuk lebih 500 pemimpin parti dan pertubuhan politik dari 160 negara.

Ia antara sidang kemuncak parti politik berskala paling besar yang dianjurkan PKC, sekali gus diletakkan harapan tinggi seluruh dunia.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC turut membentangkan lima tanggungjawab penting yang perlu dipikul parti politik, iaitu membimbing hala tuju masa depan manusia, membina konsensus, mendorong pembangunan, memperkasa kolaborasi dan menambah baik tadbir urus.

Adalah menjadi matlamat perjuangan PKC untuk memastikan 1.4 bilion rakyat China menikmati kehidupan lebih bahagia, sambil menggalakkan kedamaian dan pembangunan umat manusia.

PKC akan terus berganding bahu dengan parti politik di dunia ke arah masa depan umat manusia yang lebih cerah.

张哲