Sia-sia Sahaja Sekatan AS

2021-07-09 14:15:38  CRI
Share with:

Rumah Putih pada Rabu mengumumkan lanjutan perintah darurat berkaitan situasi Hong Kong serta meneruskan sekatan terhadap wilayah itu.

Keputusan itu dibuat dengan alasan tindakan Beijing melibatkan Hong Kong mengancam keselamatan negara dan kepentingan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Beijing turut membalas dengan mencela perbuatan AS itu memutarbelitkan fakta.

Dewan Perniagaan AS di China (AmCham China) menerusi satu kertas putih terbaru, berkata dua pertiga daripada perusahaan AS di negara Tembok Besar itu merancang untuk menambah pelaburan mereka.

Manakah mungkin sebuah perusahaan AS sudi melabur di sesuatu tempat yang dianggap membawa ancaman kepada tanah airnya?

Hakikat bahawa ASlah yang menjadi ancaman besar kepada kedaulatan, keselamatan dan kepentingan China, apabila negara itu didedahkan memberi sokongan kepada perusuh di Hong Kong dan sengaja menjatuhkan reputasi China.

Lanjutan sekatan kali ini membongkar taktik segelintir individu di AS mengacau-bilaukan Hong Kong dan mengekang China.

Sejak undang-undang keselamatan negara membabitkan Hong Kong berkuat kuasa setahun lalu, keadaan wilayah itu kembali tenteram, manakala pelbagai hak penduduk tempatan terjamin.

Sia-sia sahaja cubaan AS mengugut dan menghalang Hong Kong menerusi pendekatan sekatan.

董筱娉