Undang-undang Keselamatan Negara Jamin Kesejahteraan Rakyat Hong Kong

2021-07-09 15:32:51  CRI
Share with:

Pelaksanaan undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong sejak setahun lalu terbukti  berjaya mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, di samping menjamin kesejahteraan rakyat Hong Kong.

Menurut satu tinjauan pendapat membabitkan penduduk Hong Kong yang dijalankan Institut Bauhinia baru-baru ini, 75.7 peratus responden berpuas hati terhadap pelaksanaan undang-undang tersebut, manakala lebih 70 peratus berpendapat undang-undang itu membuat mereka lebih yakin terhadap dasar “satu negara, dua sistem”.

Dengan adanya undang-undang berkenaan, Hong Kong mampu mengekalkan kedudukannya sebagai hab kewangan, perkapalan dan perdagangan antarabangsa.

Dalam lima bulan pertama tahun ini, Hong Kong menyaksikan peningkatan eksport dan import komoditi masing-masing sebanyak 29.4 peratus dan 25.7 peratus.

Setakat ini, kira-kira 9,000 buah syarikat dari Tanah Besar dan luar negara telah membuka pejabat perwakilan mereka di wilayah itu.

Pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025) menjanjikan lebih banyak peluang baharu kepada pembangunan Hong Kong.

Ketenteraman masyarakat yang dijamin oleh undang-undang keselamatan negara nescaya kondusif bagi Hong Kong terus diintegrasikan dalam landskap pembangunan negara. 

张哲