Niat Di Sebalik Lagak Sombong Australia

2021-07-10 15:34:01  CRI
Share with:

Sesi ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mengadakan perbahasan pusingan ketiga terhadap laporan hak asasi manusia Australia pada Khamis lalu.

Sehubungan dengan itu, China, Rusia, Syria dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) menyatakan keprihatinan atas pencabulan hak asasi manusia oleh Australia.

Australia selalu berlagak sombong memberi tunjuk ajar dalam isu hak asasi manusia, tetapi sendirinya mempunyai rekod yang sangat buruk, baik dalam sejarah mahupun pada zaman sekarang.

Bumiputera antara golongan yang sentiasa mengalami penindasan di Australia sejak beberapa abad lalu.

Populasi bumiputera di Australia mencatat kira-kira sejuta orang ketika warga Britain pertama kali menjejakkan kaki ke sana pada 1788. Namun, jumlah itu menurun kepada tidak sampai 20,000 pada awal abad ke-20.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, peristiwa kekerasan berunsur rasialisme sering berlaku di Australia dengan kaum Muslim, keturunan Cina dan bumiputera sebagai mangsa utama.

Selain itu, Australia juga mempunyai rekod buruk dalam mencabuli hak asasi manusia di seberang laut. Ini termasuk pembunuhan 39 rakyat Afghanistan yang tidak berdosa oleh tentera Australia.

Walaupun melakukan begitu banyak jenayah yang keji, namun Australia tidak mempedulikan kritikan masyarakat antarabangsa, sebaliknya kerap kali bertindak mencampuri urusan dalaman negara lain dengan memanipulasikan isu hak asasi manusia.

Tindakan itu ternyata berniat mengalihkan perhatian masyarakat antarabangsa terhadap rekod buruk sendiri, selain mengaut laba politik.

张哲