Seksyen Yuxi-Mohan Landasan Kereta Api China-Laos Selesai Dibina

2021-07-12 14:00:15  CRI
Share with:

Seksyen Yuxi-Mohan Landasan Kereta Api China-Laos Selesai Dibina_fororder_微信图片_20210712103156

Menurut China Railway Biro Kunming, seksyen Yuxi-Mohan Landasan Kereta Api China-Laos yang sudah selesai dibina pada asasnya dilaporkan berada dalam fasa pemeriksaan secara statik sebelum diserahkan kepada pihak pengoperasi.

Sebagai rantai penting dalam penerimaan suatu projek, pemeriksaan secara statik adalah satu prosedur yang bersifat menentu dalam penilaian kualiti projek dan pemastian projek terbabit sama ada dapat beroperasi atau tidak mengikut masa yang ditetapkan, dan disifatkan sebagai "check-up" yang menyeluruh bagi pembinaan projek dan pemasangan peralatan.

Pemeriksaan statik kali ini akan berlangsung dari Julai hingga akhir September nanti. Lima pasukan profesional bertugas memeriksa substruktur, jambatan dan pembetung, terowong, landasan, network kawalan pengukuran tepat, penyelamatan dan pemindahan dalam terowong semasa bencana, kemudahan kalisbunyi dan perlindungan keselamatan serta persekitaran yang berhampiran landasan.

Seksyen Yuxi-Mohan Landasan Kereta Api China-Laos Selesai Dibina_fororder_微信图片_20210712103215

Dimaklumkan, Landasan Kereta Api China-Laos yang sepanjang 1,000 kilometer yang menyambungkan bandar Kunming, provinsi Yunnan China dengan bandar Vientiane, Laos, berperanan sebagai projek penyelarasan strategik antara China yang menganjurkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Laos yang melaksanakan strategi "Bangunkan Negara Pedalaman Sebagai Negara Salinghubung".

曹捷