Muncul Lagi 'Hipokrit' Yang Tuding Jari Kepada Hong Kong

2021-07-13 11:59:59  CRI
Share with:

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lalu melalui laman sesawangnya menyiarkan sebuah kenyataan atas nama “Persatuan Kebebasan Media”, untuk menunjukkan keperhatinan terhadap Apple Daily Hong Kong yang baru tutup pintu dan mendakwa kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong bertindak“mencabuli kebebasan akhbar”. Kenyataan tersebut dibubuhi tandatangan sejumlah negara Barat yang diketuai AS. Jelaslah,ini merupakan satu lagi sandiwara politik yang dimainkan Barat untuk mencampuri urusan Hong Kong dengan bertedengan “kebebasan akhbar”.Permainan yang mustahil melahirkan sebarang kesan ini, dilihat hanya untuk menghiburkan mereka sendiri dan golongan anti-China yang mahu mengheret Hong Kong dalam pergorakan.

Manipulasi politik yang dijalankan segelintir negara Barat yang diketuai AS tidak dapat menutup mata masyarakat antarabangsa.

Pertama, isu Apple Daily Hong Kong sama sekali tidak berkaitan dengan kebebasan akhbar, melainkan pelanggaran Undang-undang Keselamatan Negara Melibatkan HK. Apple Daily yang bertedengan surat khabar, asyik melakukan aktiviti anti-China dan mengacau-bilaukan Hong Kong. Lakuan seumpamanya mustahil dibiarkan oleh sebarang masyarakat yang ditadbir berdasarkan undang-undang.    

Kedua, menutup Apple Daily Hong Kong beserta portalnya adalah keputusan yang dibuat syarikat itu sendiri. Apa yang disebut “tutup secara paksa” sama sekali khabar angin yang bukan-bukan.Menurut media tempatan, Apple Daily sudah lama terperangkap dalam pengendalian yang tidak baik, dan terpaksa hidup bergantung pada wang hitam daripada sektor politik pada beberapa tahun lalu. Maka, gulung tikar merupakan satu pilihan yang sangat wajar baginya.

Kebebasan akhbar tidak boleh digunakan sebagai dalih untuk melakukan jenayah. Dalam isu kebebasan akhbar, segelintir negara Barat yang diketuai AS selalu muncul sebagai hipokrit kerana percakapan mereka tidak selaras dengan perbuatan, dan mereka sebenarnya boleh mengorbankan kebebasan akhbar pada bila-bila masa demi kepentingan sendiri.

Kebebasan akhbar terjamin dalam penguatkuasaan Undang-undang Asas Hong Kong, Undang-undang Keselamatan Negara Melibatkan HK, Peraturan Akta Hak Asasi Manusia Hong Kong dan undang-undang lain. Khususnya dalam tempoh setahun yang lalu iaitu sejak Undang-undang Keselamatan Negara Melibatkan HK dilaksanakan, hak asasi manusia dan kebebasan penduduk Hong Kong boleh kelihatan semakin terjamin.

Urusan Hong Kong tidak memerlukan sesiapa yang menuding jari dan juga menolak orang munafik yang bertujuan mengelirukan masyarakat.Segelintir negara Barat yang diketuai AS dinasihati menaruh perhatiannya kepada usaha memelihara kebebasan akhbar negara sendiri, dan jangan bermain lagi dalam farsanya yang ketakdiran sia-sia.

曹捷