Forum Kerjasama Media ‘Rakan ASEAN’ 2021 Di Beijing

2021-07-14 21:04:08  CRI
Share with:

Forum Kerjasama Media ‘Rakan ASEAN’ 2021 Di Beijing_fororder_微信图片_20210714193339

Forum Kerjasama Media ‘Rakan ASEAN’ 2021 anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Beijing hari ini. Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden CMG, Shen Haixiong telah menghadiri forum itu dan menyampaikan ucapan.

Forum Kerjasama Media ‘Rakan ASEAN’ 2021 Di Beijing_fororder_微信图片_20210714193347

Shen dalam ucapannya menyatakan, pada beberapa tahun kebelakangan ini, CMG dan badan media dari negara-negara ASEAN telah menjalankan pertukaran dan kerjasama yang berdimensi dalam pelbagai bidang, yang terbukti berkesan dalam menggalakkan persefahaman dan memupuk rasa percaya di kalangan rakyat pelbagai negara. Beliau mengalu-alukan lebih banyak badan media dari negara-negara ASEAN menyertai kerjasama ini, bersama-sama menceritakan kisah benar dan objektif mengenai China dan ASEAN serta kerjasama kedua-dua pihak.

Forum Kerjasama Media ‘Rakan ASEAN’ 2021 Di Beijing_fororder_微信图片_20210714193534

Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Chen Dehai menyatakan bahawa hubungan China-ASEAN sedang berada pada titik tolak baharu dalam sejarah, dan kerjasama badan media kedua-dua pihak mempunyai masa depan yang semakin cerah.

Forum Kerjasama Media ‘Rakan ASEAN’ 2021 Di Beijing_fororder_微信图片_20210714193809

Demi menggalakkan pertukaran dan kerjasama antara badan media serantau, CMG secara rasmi melancarkan inisiatif kerjasama “Rakan ASEAN”, yang melibatkan pertukaran bahan akhbar, penghasilan program bersama-sama, aktiviti komunikasi serta usaha melawan wabak.

Sepanjang berlangsungnya forum ini, CMG bersama-sama dengan kira-kira 100 orang peserta dari 15 buah negara yang bertugas dalam 33 buah media dan agensi berkenaan, telah mengadakan dialog secara dalam dan luar talian mengenai tema "Kerjasama Media & Pembangunan Serantau".

Dan akhirnya, Pengumuman Bersama Peningkatan Kerjasama telah dikeluarkan sebelum forum ini menutup tirai.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, Duta Besar dari Filipina dan Thailand serta Timbalan Duta Besar Indonesia.

曹捷