Masakan AS Dinobatkan 'Nombor 1' Dalam Ranking Melawan COVID-19?

2021-07-14 15:23:05  CRI
Share with:

Masakan AS Dinobatkan 'Nombor 1' Dalam Ranking Melawan COVID-19?_fororder_微信图片_20210714152000

Setakat 12 Julai waktu tempatan Amerika Syarikat (AS), terdapat lebih 33.88 juta orang dilaporkan dijangkiti COVID-19 di negara itu, dan lebih 607,000 orang maut. Keadaanya begitu buruk, namun AS tetap dinobatkan sebagai 'nombor 1' dalam ranking prestasi melawan COVID-19 edisi terkini yang dikeluarkan Bloomberg. Serentak itu, negara dan kawasan termasuk China yang diiktiraf masyarakat antarabangsa sebagai negara yang berjaya mengawal penularan wabak tidak diberi penilaian yang adil. Hal itu bukan sahaja mendedahkan wajah sebenar Bloomberg selaku alat politik, tetapi juga menambah bahan ketawa kepada masyarakat antarabangsa sekali gus memburukkan namanya sendiri.

Demi meletakkan AS di tempat pertama dalam ranking itu, Bloomberg tidak teragak-agak untuk meringankan faktor-faktor yang paling revelan seperti jumlah kes jangkitan dan kematian yang dipentingkan dalam ranking sebelumnya, bahkan menganggap pelaksanaan dasar penutupan dan kawalan kuarantin terhadap orang yang masuk keluar sempadan sebagai faktor negatif. Jelas sekali, ranking yang tidak menghormati sains dan nyawa ini, tidak dapat mencerminkan fakta yang benar. Selain itu, isu seperti sumbangan kepada perjuangan sejagat dalam melawan wabak tidak dipertimbangkan. Maka, apa yang disebut 'ranking' itu tidak adil dan sama sekali tidak ada nilai dari segi sains.

Bos Bloomberg adalah ahli Parti Demokrat AS, sedangkan yang memegang kuasa Rumah Putih itu justeru kem Parti Demokrat. Ranking itu dikeluarkan sempena sambutan hari kemerdekaan di AS. Radio Antarabangsa Perancis mengulas hal ini sebagai berkata bahawa Rumah Putih mahu mengambil kesempatan ini untuk mengisytiharkan 'kejayaan' negara itu dalam melawan wabak.

Sandiwara politik ini sangat berbahaya bagi AS. Para politikus dan media AS yang mabuk dengan angan-angan “Nombor 1 Dunia" digesa sedar secepat mungkin, sebaiknya bersikap saintifik dan pragmatik dalam melawan wabak, dan mengambil tindakan dengan bersungguh-sungguh untuk rakyat negara sendiri dan negara yang memerlukan bantuan.  Jika tidak, apa yang disebut "Nombor 1 Dunia" dalam melawan wabak akan berubah menjadi hinaan yang baharu bagi AS.

曹捷