Bloomberg, Coret Arang Pada Muka Sendiri

2021-07-15 14:27:23  CRI
Share with:

Bloomberg, Coret Arang Pada Muka Sendiri_fororder_微信图片_20210715144559

Agensi Berita Bloomberg Amerika Syarikat (AS) yang berprestij dalam mebuat liputan kewangan dan ekonomi global, sejak sekian lama memperagakan diri sebagai "objektif dan adil" di persada akhbar antarabangsa. Walau bagaimanapun, perbuatan Bloomberg yang menyenaraikan AS sebagai "Nombor 1 Dunia" dalam ranking prestasi membendung wabak COVID-19 baru-baru ini, sesungguhnya mengejutkan seluruh dunia dan dilihat sama dengan mencoret arang pada muka sendiri.

Ini boleh dijelaskan secara ringkas, iaitu agensi terbabit sengaja mereka bentuk sebuah sistem penilaian khusus untuk AS, sehingga membantu Washington menduduki tempat pertama dalam ranking berkenaan.  Sebaliknya,  meletakkan negara dan rantau lain yang menyerlah dalam perjuangan melawan wabak yang sudah pun diakui umum di dunia di tangga-tangga belakang.

Seperti yang diketahui umum, pengasas Bloomberg adalah bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg. Dimaklumkan bahawa seawal tahun 2019 ketika Michael Bloomberg mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan presiden peringkat awal dalam Parti Demokrat, agensi tersebut tidak menerbitkan lagi apa-apa pun liputan siasatan tentang taukenya dan calon presiden yang lain dari Parti Demokrat, dan hanya melanjutkan penyiaran tentang siasatan terhadap kabinet kerajaan Parti Republikan yang diketuai Donald Trump. Hal ini mencerminkan kecenderungan dan kebergantungan politik Bloomberg.

Bloomberg, Coret Arang Pada Muka Sendiri_fororder_微信图片_20210715144607

Perbuatan Bloomberg yang 'menghiburkan diri' baru-baru ini sekali lagi mendedahkan hakikatnya sebagai alat politik, iaitu memperagakan 'prestasi' kerajaan Parti Demokrat dalam melawan COVID-19. Namun, tak kira betapa giatnya mengampu Washington sebagai 'Nombor 1 Dunia', fakta yang benar tidak dapat disembunyikan bahawa negara gergasi itu gagal dalam menangkis wabak, terbukti dengan jumlah kematiannya akibat COVID-19 yang paling banyak di seluruh dunia, iaitu lebih 600 ribu orang diragut nyawa.

Ranking tajaan Bloomberg itu ternyata tak ada sebarang nilai saintifik pun, dan hanya menjadikan topeng palsunya yang disebut "adil tanpa prejudis", nilai akhbar yang diamalkannya yang berpusatkan Barat, beserta wajah benarnya sebagai alat politik, terdedah.

高蕾