Vaksin Buatan China Dimasuk “Gudang” COVAX

2021-07-15 13:27:46  CRI
Share with:

Vaksin Buatan China Dimasuk “Gudang” COVAX_fororder_微信图片_20210715132521

Persekutuan Imunisasi dan Vaksin Global (GAVI) baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian pembelian vaksin dengan dua syarikat China, iaitu Sinopharm dan Sinovac. Ini bermakna vaksin buatan kedua-dua syarikat tersebut telah diambil masuk “gudang vaksin” kendalian “rancangan pelaksanaan vaksin COVID-19” (COVAX), dan akan dibekalkan kepada COVAX mula Julai ini demi pencegahan penularan wabak di negara-negara membangun.

China dengan tindakan pragmatik melaksanakan komitmen menjadikan vaksin sebagai produk awam global. Hal ini dianggap pasti akan mendorong pengagihan vaksin secara sama rata, dan meningkat kemampuan melawan wabak di seluruh dunia.

Keselamatan dan keberkesanan dua vaksin buatan Sinophram dan Sinovac sebenarnya telah dibuktikan melalui banyak ujian. Lebih 100 buah negara telah meluluskan penggunaan vaksin buatan China, sedangkan lebih 30 orang pemimpin negara asing sudi menerima suntikan vaksin buatan China.

Sebagai negara yang bertaraf maju dalam penerokaan vaksin, China sentiasa mengekalkan 'sifat pertama vaksin COVID-19', iaitu produk awam global, dan sudah membekalkan lebih 500 juta dos vaksin dan cecair mentah kepada lebih 100 buah negara dan pertubuhan antarabangsa.

Vaksin Buatan China Dimasuk “Gudang” COVAX_fororder_微信图片_20210715132529

GAVI menandatangani perjanjian pembelian dengan syarikat China pada waktu negara-negara membangun perlu meningkatkan kadar pemvaksinan. Oleh itu, anggota COVAX dapat segera memperoleh vaksin, dan dijangka boleh membeli kira-kira 550 juta dos vaksin buatan China bermula sekarang hingga separuh tahun pertama tahun depan. Selain itu, banyak syarikat pembuatan vaksin di China menunjukkan keinginan untuk menyertai COVAX yang dianggap akan memberi sumbangan positif terhadap usaha melawan wabak di seluruh dunia.

曹捷