Xinjiang Yang Maju, Barat Yang Bohong

2021-07-16 16:02:58  CRI
Share with:

Xinjiang Yang Maju, Barat Yang Bohong_fororder_微信图片_20210716160027

Kerajaan China telah menerbitkan buku kulit putih yang bertajuk "Jaminan Kesamarataan Hak dan Kepentingan Pelbagai Kaum di Xinjiang" kelmarin, yang mempamerkan prestasi cemerlang yang dicapai Xinjiang dalam bidang pembangunan hak asasi manusia berkat pengamalan konsep yang "berpaksikan rakyat" yang sejak sekian lama dikekalkan parti pemerintah. Dengan adanya bahan bukti yang terkandung dalam buku itu, perbohongan yang dahsyat yang direka-reka kem Barat anti China sekali lagi kebocoran.

Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan, kesamarataan, perpaduan dan kemakmuran pelbagai kaum sentiasa dijadikan prinsip asas bagi menangani isu perkauman.

Tiada satu kes keganasan dilaporkan berlaku di Xinjiang dalam tempoh empat tahun yang lalu sejak 2016, sedangkan sosioekonomi berkembang pesat dan rakyat tempatan hidup bahagia. Menurut buku kulit putih itu, pada tahun 1978 hingga 2020, pendapatan per kapita di bandar dan luar bandar Xinjiang masing-masing meningkat 108.2 kali ganda dan 116.9 kali ganda. Setakat akhir tahun 2020, kesemua 2.73 juta penduduk miskin tempatan berjaya membebaskan diri dari belenggu kemiskinan. Pelbagai etnik di Xinjiang dapat menikmati peluang pembangunan yang sama rata, dan memperjuangkan matlamat 'menjadi kaya bersama-sama'.

Xinjiang Yang Maju, Barat Yang Bohong_fororder_微信图片_20210716160039

Sementara itu, kebudayaan etnik dan kebebasan beragama pula terjamin dan terpelihara. Sekarang, lebih 10 jenis bahasa dan karekter etnik digunakan secara meluas dalam hal ehwal seharian. Masjid-masjid di Xinjiang pada umumnya dilengkapi kemudahan seperti perkhidmatan perubatan, skrin elektronik dan komputer yang dilihat amat memudahkan umat Islam.

Pada 40 tahun lepas, populasi Uygur menambah dari 5.5 juta kepada 12.8 juta, dan jangka hayat purata penduduk dari kaum itu pula meningkat dari 30 tahun kepada 72 tahun. 

Kini, Xinjiang berada pada masa pembangunan yang paling baik. Melalui Xinjiang yang berperanan sebagai satu jendela, masyarakat antarabangsa boleh menyaksikan langkah China mengamalkan "kesamarataan perkauman" dalam tindakan pragmatik, dan bersungguh-sungguh melindungi hak asasi manusia.

Boleh dijangka, segelintir "pembela hak asasi manusia" Barat yang berniat memecahbelahkan Xinjiang dan mengekang pembangunan China pasti gagal. Mereka sebaiknya mengalihkan fokus kepada bagaimana melangsaikan "hutang hak asasi manusia" negara sendiri akibat amalan rasisme dan kolonialisme.

曹捷