AS Yang Provokasi Dalam Isu Taiwan, Jeret Leher Sendiri

2021-07-17 13:57:45  CRI
Share with:

Sebuah pesawat pengangkut milik tentera Amerika Syarikat (AS) mendarat di kawasan Taiwan, China hari ini, dan turut dilihat sebagai lakuan provokasi yang amat seirus, yang menginjak “garis merah” China secara terang-terangan dan melanggar peraturan dalam tiga pengumuman bersama China-AS. China mengeluarkan bantahan yang keras dan mengamarkan bahawa Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA)bersiap-siaga akan mengambil segala langkah yang diperlukan untuk menghancurkan sebarang komplot yang berkaitan dengan 'kemerdekaan' Taiwan.

Dilaporkan bahawa pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara AS yang bertanggungjawab ke atas urusan Indo-Pasifik, Kaut Cambell ketika menyertai dialog tajaan 'Asia Society', kumpulan pemikir AS secara maya pada 6 Julai lalu pernah menyatakan dengan jelas bahawa tidak menyokong 'Kemerdekaan Taiwan' kerana pihaknya sama sekali mengetahui betapa sensitif isu itu.Namun, hanya sepuluh hari kemudian, pesawat pengangkut milik tentera AS turut mendarat di Taiwan, dan secara terang-terangan bersubahat dengan pihak berkuasa Taiwan. Lakuan AS yang bermuka dua itu bukan sahaja mendedahkan perbohongan strategik yang diamalkannya serta komplot membendung pembangunan China dengan isu Taiwan, dan juga memperlihatkan tindakan AS yang janji kosong yang tidak selaras dengan keduduknya sebagai satu negara gergasi.

Kerajaan AS penggal ini selepas memegang kuasa, pernah menyuarakan akan mengekalkan pelaksanaan dasar 'Satu China', tetapi sebenarnya mereka tidak berhenti dalam mengambil tindakan yang berbahaya dengan menghasut dan menggalakkan perbuatan aktivis untuk memisahkan Taiwan. Terdedahlah komplotnya mahu menjadikan Taiwan sebagai benteng barisan depan dalam pelaksanaan strategi mengekang China secara menyeluruh.Tindakan yang disifatkan sebagai 'jeret leher sendiri' itu telah meruncingkan situasi Selat Taiwan, dan membawa Taiwan ke dalam keadaan yang bahaya sekaligus membuat hubungan China-AS makin tegang.

Taiwan adalah sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan, dan fakta ini diakui umum oleh masyarakat antarabangsa.

China pasti akan mewujudkan penyatuan tanah air dan ini adalah arus zaman yang tidak dapat dibalikkan. Kalau sesetengah orang AS mengambil tindakan yang menentang arus sejarah itu, mereka nescaya gagal di depan 'Tembok Besar' yang terbentuk oleh 1.4 bilion rakyat Cnina!

曹捷