Sekatan AS Terhadap Hong Kong, Satu Lagi Muslihat Hegemoni

2021-07-17 18:02:02  CRI
Share with:

Sekatan AS Terhadap Hong Kong, Satu Lagi Muslihat Hegemoni_fororder_微信图片_20210717180019

Pihak Amerika Syarikat (AS) pada 16 Julai waktu tempatan mengeluarkan apa yang disebut 'amaran perniagaan' terhadap Hong Kong, memfitnah suasana perniagaan di Hong Kong dengan alasan yang bukan-bukan serta mengenakan sekatan terhadap pegawai agensi kerajaan pusat China di Hong Kong.

Melihat situasi Hong Kong yang semakin stabil pada masa ini, pihak AS sekali lagi beraga melancarkan serangan yang kasar, yang dilihat menginjak Undang-undang Antarabangsa dan prinsip asas hubungan antarabangsa. Penganalisis berpendapat bahawa langkah yang serba salah itu hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat China dalam menumpaskan komplot mengacau-bilaukan masyarakat Hong Kong kendalian kuasa anti-China sekali gus menjadikan kepentingan AS sendiri pun terjejas.

Pada pertengahan tahun lalu, AS mengumumkan membatalkan layanan khas kepada Hong Kong selepas berkuatkuasanya Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong. Namun, dalam setahun yang lalu, jumlah dana yang dikumpulkan melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Hong Kong meningkat 50% berbanding setahun sebelum undang-undang itu dilaksanakan, dengan melebihi 500 bilion dolar Hong Kong (RM271 bilion), sedangkan jumlah simpanan wang sistem perbankan Hong Kong meningkat 5.6% dengan mencatat 14.9 trilion dolar Hong Kong (RM8.07 bilion). Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong ternyata berperanan sebagai 'penyakin' bagi pelabur antarabangsa. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini mengeluarkan laporan sekali lagi mengenalpasti kedudukan Hong Kong sebagai pusat kewangan antarabangsa.

Sekatan AS Terhadap Hong Kong, Satu Lagi Muslihat Hegemoni_fororder_微信图片_20210717180009

Maka, boleh dikatakan 'amaran perniagaan' yang dikeluarkan AS kali ini sama dengan satu kertas buangan saja. Ini hanya mendedahkan segelintir politikus AS tidak ragu-ragu mengorbankan kepentingan syarikat negara sendiri untuk mengaut keuntungan politik. Menurut laporan media baru-baru ini, kalangan perniagaan AS di Hong Kong menentang langkah kerajaan AS itu bahkan menganggap itu langkah yang gila dan hanya mengundang akibat yang sebaliknya. Presiden Persatuan Perniagaan AS Hong Kong yang mempunyai 1,400 anggota, Tara Joseph menyatakan bahawa para anggotanya tetap mengakui 'nilai dan potensi yang wujud di Hong Kong'.

Pada masa sekarang, seluruh dunia sudah mengetahui dengan jelas bahawa para politikus yang sentiasa menyatakan akan berdiri bersama-sama dengan penduduk Hong Kong itu sebenarnya bertujuan mereka-reka komplot dan muslihat untuk menggugat kemakmuran dan kestabilan Hong Kong, mengancam keselamatan dan menghalang pembangunan negara China. Di bawah naungan Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong, masyarakat tempatan pada masa ini hidup dalam suasana yang makmur dan menikmati masa depan yang cerah. China mustahil mengizinkan situasi yang begitu baik di Hong Kong terjejas akibat gangguan luar. Berhentilah, AS yang berkomplot sesuka hati.  

曹捷