
Unit generator ketiga yang berkapasiti sejuta kilowatt kendalian Loji Janakuasa Hidroelektrik Baihetan dilaporkan berjaya menyelesaikan ujian pengoperasian selama 72 jam dan memulakan operasi secara rasmi semalam.
Dalam perkembangan lain, jumlah keseluruhan penjanaan tenaga elektrik yang dihasilkan unit generator pertama dan kedua loji janakuasa hidroelektrik tersebut mencecah satu bilion darjah.
Loji Janakuasa Hidroelektrik Baihetan yang terletak di kawasan barat daya China berkapasiti menjana tenaga sebanyak 16 juta kilowatt. Sebanyak 16 buah unit generator turbin air yang dilengkapinya yang masing-masing berkapasiti sejuta kilowatt adalah buatan China, dan merupakan set generator yang kapasiti milik setiap unitnya yang terbesar di dunia.
Loji Janakuasa Hidroelektrik Baihetan yang menelan belanja sebanyak RMB220 bilion(RM 142.86 bilion) akan beroperasi secara sepenuhnya pada tahun 2022. Sebagai yang kedua terbesar di dunia selepas projek loji janakuasa elektrik Tiga Gaung Sungai Yangtze, Loji Baihetan dijangka berkapasiti menjana tenaga elektrik 62 bilion kilowatt jam secara puratanya setiap tahun.