Cadangan China, Penjana Keyakinan Asia-Pasifik Lawan COVID-19

2021-07-18 14:51:50  CRI
Share with:

Cadangan China, Penjana Keyakinan Asia-Pasifik Lawan COVID-19_fororder_微信图片_20210718114121

Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) secara maya pada 16 Julai lalu, telah mengemukakan empat cadangan penting untuk menggalakkan kerjasama dalam usaha melawan wabak CIVID-19 dan memulihkan ekonomi. Cadangan beliau turut mendapat sahutan dan penilaian yang positif dari pelbagai pihak. Ahli ekonomi, Ronnie Lins yang bertugas sebagai Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan China Brazil berpendapat bahawa ucapan Xi yang signifikan ini, menyediakan cadangan yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat antarabangsa bagi melawan wabak berdasarkan sinergi dan mendorong pemulihan ekonomi.

Dalam sidang kali ini, Xi menegaskan lagi pendirian dan langkah China yang menyokong masyarakat antarabangsa melawan wabak, antaranya termasuk membekalkan bantuan antarabangsa bernilai USD3 bilion(RM12.6 bilion) kepada negara membangun dalam tempoh tiga tahun kelak di samping menyokong pengecualian terhadap hak harta intelek vaksin COVID-19. Selain itu, China bersedia memastikan kestabilan dan keselamatan rantai pembekalan vaksin dan menggalakkan pengedaran barangan yang penting, dan menyumbang dana kepada APEC untuk penubuhan satu anak tabung bagi mengatasi wabak dan pemulihan ekonomi. Langkah-langkah yang akan dimanfaatkan rantau Asia-Pasifik dan negara membangun tersebut, menggambarkan keazaman China untuk bersatu-padu dengan rakan serantau bersama-sama menempuhi jalan yang penuh ranjau duri.

China komited untuk mewujudkan pembangunan hijau pada dewasa ini, menetapkan sasaran untuk mewujudkan puncak pelepasan karbon menjelang tahun 2030 dan keneutralan karbon menjelang tahun 2060 serta bersedia berkongsi peluang kerjasama dengan pelbagai negara dalam pembinanan infrastruktur digital dan ekonomi digital.

Pengumuman pemimpin yang dikeluarkan sidang kali ini sekali lagi menekankan sasaran untuk membentuk integrasi Asia-Pasifik, yang dilihat selaras dengan anjuran Xi tentang membina komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik. Fakta berkenaan sudah dan akan terus membuktikan bahawa China adalah rakan yang paling boleh dipercayai,  bukan sahaja dalam bidang mengatasi wabak, tetapi juga dalam bidang memulihkan ekonomi dan pembangunan menang-menang di rantau Asia-Pasifik.

曹捷