AS Digesa Betulkan Tindakan Salah Dalam Bidang Hak Asasi Manusia

2021-07-18 15:21:57  CRI
Share with:

Amerika Syarikat(AS) patut membetulkan tindakannya yang salah dalam bidang hak asasi manusia sebelum mengutuk negara lain dengan sikap yang sombong dan penuh dengan prasangka.

Demikian dinyatakan oleh delegasi tetap China ke Geneva dalam satu pengumuman kelmarin.

Menurut pengumuman itu, rasisme dan diskriminasi res yang sejak sekian lama berleluasa di AS, mengakibatkan etnik minoriti, termasuk keturunan Afrika, Asia, dan kaum Muslim tersinggung malah terpaksa menderita kesengsaraan terbabit.

Di persada antarabangsa pula, AS yang bertudung “demokrasi” dan “hak asasi manusia”, asyik mencampur tangan dalam hal ehwal negara lain berdasarkan perbohongan dan maklumat palsu, mengenakan sekatan terhadap negara “yang berbeza pandangannya” dengan sesuka hati, malah mencetuskan peperangan yang mengakibatkan kecederaan dan kemaitan rakyat jelata dalam bidang yang besar.

Berbeza dengan AS,  kerajaan China sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan memperjuangkan matlamat untuk mewujudkan kehidupan yang bahagia untuk rakyat. China mengamal dasar luar yang damai dan berdikari, menghormati hak pembangunan pelbagai negara dan menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Malulah, jika AS ingin membandingkan rekod hak asasi manusia sendiri dengan yang tercatat di China.    

胡星