Situasi Wabak di Indonesia Tetap Serius

2021-07-19 14:31:38  CRI
Share with:

Menurut statistik terkini Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) semalam, jumlah kematian akibat wabak COVID-19 mencecah 1,093 dalam 24 jam. Ini hari ketiga jumlah kematian harian melebihi seribu. Jakarta mengalami wabak paling serius dengan jumlah kes kematian mencatat 10,167.

Setakat semalam, sekurang-kurangnya 41.67 juta penduduk Indonesia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Antaranya 16.27 juta orang telah melengkapkan dua dos vaksin.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Indoensia telah menambah belanjawan bantuan sosial berjumlah IDR39.19 trilion (kira-kira RM11.39 bilion) bagi mengurangkan impak terhadap kehidupan harian rakyat ekoran pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Selain itu, kerajaan telah mengumumkan peraturan kuarantin semasa perayaan hari raya Aidiladha yang akan berkuatkuasa pada 18 hingga 25 bulan ini.

徐国玮