Kerajaan Afghanistan dan Taliban Setuju Cepatkan Proses Rundingan Damai

2021-07-19 12:24:34  CRI
Share with:

Kerajaan Afghanistan dan Taliban Setuju Cepatkan Proses Rundingan Damai_fororder_1520449326

Kerajaan Afghanistan dan Talian bersetuju untuk meneruskan rundingan peringkat tinggi, di samping mempercepat proses rundingan damai. Demikian konsensus yang dicapai kedua-dua pihak di Doha, ibu negara Qatar semalam.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga komited mengambil segala tindakan yang perlu untuk menjamin keselamatan kakitangan perubatan, dan memastikan kemudahan perubatan dapat dihantar ke pelbagai tempat melalui saluran yang telus.

Kedua-dua pihak juga berjanji akan menjamin keselamatan kemudahan awam, mengelakkan orang awam daripada terjejas, dan bekerjasama untuk menghulurkan bantuan kemunusiaan kepada rakyat negara itu.

覃淼