Li: Lonjakkan Hubungan Dialog China-ASEAN

2021-07-19 22:12:35  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah saling mengutus kawat tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN.

Li dalam kawatnya menyatakan bahawa China dan ASEAN saling membantu dan mengharungi pelbagai kesukaran sepanjang 30 tahun lalu, sehingga memberikan sumbangan besar kepada pembinaan kemakmuran dan keamanan serantau, di samping menjadi teladan kerjasama di rantau Asia Pasifik.

Li menyatakan, sejak tahun lalu, China dan ASEAN berganding tangan melawan wabak COVID-19 dan ini memaparkan semangat komuniti berkongsi nasib.

Pada masa ini, menurut Li, hubungan China-ASEAN kini telah memasuki fasa pembangunan komprehensif. China bersedia berusaha bersama ASEAN melonjakkan hubungan perkongsian strategik dengan ASEAN ke satu tahap lebih tinggi, di samping itu, membina hubungan komuniti berkongsi nasib yang lebih erat agar dapat menangani cabaran serantau dan global dengan lebih baik, serta memberikan manfaat kepada lebih 2 bilion penduduk dari 11 buah negara terlibat.

Sultan Hassanal Bolkiah dalam kawatnya mengucapkan tahniah sambutan ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN dan ulang tahun ke-100 penubuhan Parti Komunis China (PKC).

Menuruntya, perkembangan bubungan China-ASEAN membuahkan hasil cemerlang dalam 30 tahun lalu, dan menjadi salah satu hubungan yang paling strategik dan komprehensif.

Beliau menyatakan, ASEAN dan China bekerjasama melawan wabak, di samping memperkukuh kerjasama kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Beliau yakin hubungan perkongsian strategik ASEAN-China pasti akan membina masa depan yang lebih cerah untuk rakyat kedua-dua pihak.

王瑾