China, Mesir akan Sumbang Vaksin kepada Rakyat Palestin

2021-07-19 14:36:28  CRI
Share with:

China dan Mesir akan bersama-sama menyumbangkan 500 ribu dos vaksin COVID-19 kepada rakyat Palestin di Genting Gaza.

Keputusan itu diumumkan oleh Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Mesir, Sameh Shoukry sempena rundingan di El Alamein semalam.

Kedua-dua pihak berpendapat bahawa selain berusaha mendorong penyelesaian isu Palestin secara adil, masyarakat antarabangsa juga perlu memberikan perhatian terhadap situasi kemanusiaan rakyat Palestin, khususnya membantu mereka melawan pandemik COVID-19.

Menurut maklumat, sumbangan vaksin itu akan dihasilkan di kilang pembotolan vaksin COVID-19 di Mesir yang diusahakan bersama China dan Mesir.

徐国玮