Malulah Institusi Tinjauan Pendapat Umum Barat

2021-07-20 14:59:58  CRI
Share with:

Agensi Bloomberg dan Pusat Pengajian Pew Amerika Syarikat (AS) masing-masing mengedarkan keputusan tinjauan pendapat umum baru-baru ini. Keputusan pertama menyebut "prestasi AS dalam melawan pandemik COVID-19 terbaik di dunia". Manakala menurut keputusan kedua, "imej China tetap negatif dan imej AS naik semula".

Keputusan kedua-dua tinjauan pendapat tersebut mengundang sindiran dan ejekan daripada orang awam. Ini juga mengingatkan masyarakat antarabangsa supaya berwaspada terhadap "perangkap tinjauan pendapat umum" Barat.

Bloomberg mengubah peraturan penilaian dan meletakkan AS di kedudukan teratas dalam prestasi memerangi wabak. Langkah tersebut dikritik oleh masyarakat antarabangsa dan didakwa "tiada garis bawah" dan "tak tahu malu".

Sementara itu, Pusat Pengajian Pew hanya mengambil 17 entiti ekonomi maju terlibat dalam tinjauannya dan membuat dapatan bahawa "majoriti orang memandangkan imej China tetap negatif". Mengapa pusat itu enggan bertanya kepada negara-negara di Asia dan Afrika? Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai lebih 190 negara anggota. 17 negara tersebut mana boleh melambangkan masayarakat antarabangsa?

Dapatan tersebut ternyata dimanipulasi dan penuh dengan keangkuhan dan prejudis.

Keputusan Pew itu bertujuan untuk mencantikkan imej AS, mencemarkan nama China serta berkhidmat untuk keperluan politik AS. Banyak media Barat sudah biasa ikut AS dan tidak mampu bebas berfikir. Di samping itu, banyak wartawan pula terkurung dalam rangka media yang dibina oleh AS serta membuat berita yang sesuai dengan pendirian kerajaan itu.

徐国玮