Semua Menteri Thailand Bekerja dari Rumah

2021-07-20 13:40:31  CRI
Share with:

Semua menteri kabinet Thailand akan bekerja dari rumah, di samping itu, mesyuarat kabinet akan diadakan secara maya bermula hari ini.

Demikian keputusan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha selepas seorang pegawai di pejabat Naib Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan disahkan positif COVID-19 semalam.

Walaupun pegawai itu tiada kontak rapat dengan Naib Perdana Menteri, namun semua pegawai di pejabat itu dikategorikan sebagai berisiko tinggi.

Sejak gelombang ketiga COVID-19 menular di Thailand pada awal April lalu, terdapat banyak pegawai di Pejabat Perdana Menteri Thailand dijangkiti virus tersebut.

胡星