AS Harus Menjadi Tumpuan Pencarian Asal Usul COVID-19

2021-07-21 13:21:45  CRI
Share with:

AS Harus Menjadi Tumpuan Pencarian Asal Usul COVID-19_fororder_1220879980

Pelan kerja pencarian asal usul COVID-19 fasa kedua yang dikemukakan oleh sekretariat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak selaras dengan pendirian China dan beberapa negara lain. Setakat ini, 55 buah negara telah mengutus surat kepada Ketua Pengarah WHO, menyeru pencarian asal usul COVID-19 haru dilaksanakan secara saintifik dan menentang manipulasi politik.

China ialah negara pertama yang melaporkan wabak COVID-19 kepada WHO. Negara ini juga mengambil sikap terbuka dan telus dalam masalah pencarian asal usul virus. Selain itu, China telah dua kali mengundang pakar WHO menjalankan penyelidikan di negara ini. Keputusan dan cadangan yang disebut dalam laporan kumpulan pakar bersama perlu dihormati dan dipelihara.

Pada masa yang sama, Amerika Syarikat (AS) sebagai negara paling gagal dalam melawan wabak dan mencatatkan jumlah jangkitan dan kematian paling banyak di dunia, harus menjadi tumpuan pencarian asal usul virus bagi fasa seterusnya.

Dari penutupan tiba-tiba Fort Detrick Biolab, pangkalan senjata biokimia terbesar di negara itu pada Julai 2019, hingga tercetusnya "penyakit e-rokok" yang tidak dapat dijelaskan dalam tempoh yang sama; dari organisasi berwibawa seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan virus COVID-19 telah wujud di AS pada awal bulan Disember 2019, hingga kedua-dua penggel kerajaan AS menyalahkan China; Ditambah dengan gejala penyakit berjangkit menular di negara-negara yang terdapat makmal biologi AS. Semua kenyataan ini menjadikan orang ramai terpaksa mengesyaki bahawa kerajaan AS ingin menyembunyikan "rahsia yang tidak dapat diungkapkan".

Oleh itu, lebih banyak media bebas atau individu dari Korea Selatan, Sepanyol, Ukraine dan negara-negara lain menyatakan bahawa AS ialah negara yang paling patut disiasat berhubung asal usul COVID-19.

AS perlu memberikan respons kepada masyarakat antarabangsa, membuka pintu secepat mungkin untuk menerima penyiasatan hingga memberi penjelasan kepada dunia.

覃淼